Pages

October 1, 2012

Taman Agro Teknologi MARDI Cameron Highlands

Taman AgroTeknologi Mardi ialah sebuah agensi kerajaan yang membuat penyelidikan dan pembangunan teknologi tanam-tanaman tanah tinggi. Stesyen ini pada awalnya ditubuhkan oleh pihak british pada 1925 sebagai Federal Experimental Station. Pada tahun 1957 stesyen ini diletakkan di bawah Jabatan Pertanian dan diambil alih oleh Mardi pada tahun 1971. Objektif penubuhan taman ini ialah untuk pembelajaran dan pendidikan, pemindahan teknologi dan agro pelancongan sesuai dengan moto Mardi - Pemimpin Agro Teknologi. Taman ini terletak kira-kira 500 meter dari Bandar Tanah Rata. Ianya dibuka setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Bayaran masuk untuk dewasa ialah RM 3.00, kanak-kanak RM 1.50 dan percuma untuk kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah. Taman ini juga menawarkan pakej untuk pengunjung yang datang menggunakan bas iaitu pengunjung dewasa sebanyak RM 80.00 dan RM 40.00 bagi kanak-kanak sekolah. Antara yang terdapat di sini ialah Taman Inggeris, Kebun Strawberry, Kebun Teh, Plot Bunga-Bungaan, Plot Sayur-Sayuran, Plot Anggur, Plot Organik, Plot Kajian Tanaman, Taman Ros, Taman Herba, Rumah Orkid, Rumah Penginapan Inggeris, Museum Teh, Pusat Jualan dan lain-lain. Selamat berkunjung!.

Beralamat di :
Taman Agro Teknologi MARDI Cameron Highlands
Stesen MARDI Cameron Highland
39000 Tanah Rata Pahang Darul Makmur
Tel : 05-4911255/4915945
Fax : 09-4912170



Pintu masuk utama ke Taman Agro Teknologi Mardi Cameron Highlands.
Kelihatan bangunan pentadbirannya di belakang.


 Pokok bunga menjalar yang dipanggil lady shoes ini sememangnya unik dan cantik.


Kilang teh tertua di Malaysia ini terletak di dalam kawasan Mardi Cameron Highlands.
  

 Kebun jabuticaba (myrciaria cauliflora) ini kelihatan seperti kebun anggur.
Tumbuhan ini hanya terdapat di sini.


  Inilah buah jabuticaba yang berbentuk bulat berwarna hitam dan rasanya masam-masam manis.
  Pasti anda ingin mencubanya.


 Diantara jenis bunga-bungaan yang terdapat di sini.

 
 Kebun Strawberry. Anda boleh membeli dan menikmati buah strawberry segar di sini.
  
 
Cafe yang terletak di belakang bangunan pentadbiran.

No comments:

Post a Comment