Pages

October 1, 2012

KG TRADISIONAL TAMAN SEDIA


Satu daripada tarikan di Cameron Highlands ialah kampung tradisional Taman Sedia. Kampung ini terletak hanya kira-kira 600 meter dari Pekan Tanah Rata. Ianya merupakan kampung penempatan melayu yang pertama di daerah ini. Ianya dibuka oleh orang-orang melayu pada tahun 1959 dan dimajukan oleh LKNP pada 1969. Menurut dongeng dahulukala kampung ini merupakan sebuah taman bunian yang sangat indah. Oleh kerana taman ini telah tersedia sejak dahulu lagi, tempat ini terus dikenali sebagai Kampung Taman Sedia yang bermaksud taman yang telah tersedia. Kini terdapat sebanyak 55 buah rumah dengan penduduk seramai 300 orang. Selain dari pengusaha kebun strawberry, kebun sayur, kedai cenderahati dan chalet para pengunjung juga boleh menikmati produk dan buah strawberry segar yang dijual di kedai-kedai di sepanjang jalan kampung ini. Ianya juga merupakan satu daripada persinggahan wajib para pelancong.


 
       Pintu gerbang yang sentiasa menyambut kedatangan pengunjung. 
    Jalan masuk ke Kampung Taman sedia dari Pekan Tanah Rata
                  

 Replika segar. Dataran Info Kg.Taman Sedia.


 
Selain barangan cenderahati dan bunga-bungaan penginapan juga ditawarkan.
                          Antara premis yang menjual produk strawberry.Taman Agro Al Mashoor


HAS'R Strawberry


 
                                      Jalan masuk hanya kira-kira 1.8 km dari Pekan Brinchang.


Pemandangan Kampung Taman Sedia dari atas.
Foto dari Jalan utama antara Tanah Rata dan Brinchang.

SUMBER : http://destinasicameronhighlands.blogspot.com

KEA FARM CAMERON HIGHLANDS


Kea Farm adalah satu tempat persinggahan dan pusat jual beli harian yang sentiasa dikunjungi tanpa mengikut musim. Biasanya pengunjung akan datang ke sini untuk membeli sayur-sayuran dengan jumlah yang banyak untuk dibawa pulang. Kea Farm terletak lebih kurang 15 km dari Kg.Raja dan 3 km dari Pekan Brinchang. Kedudukannya juga tidak jauh dari Hotel Equatorial. Kea Farm berperanan sebagai pusat jualan hasil-hasil ladang dan pertanian yang terbesar di Tanah Tinggi Cameron. Selain menjual hasil pertanian Kea Farm juga menyediakan gerai menjual barangan cenderahati, bantal hiasan dan makanan. Kedudukan kawasan jual beli dan jalan yang agak sempit, berliku dan terletak di kawasan yang berbukit menyebabkan Kea Farm sering mengalami kesesakan. Jangan terkejut jika anda disapa oleh gadis-gadis penjual sayur dari seberang.
Kea Farm. Laluan mendaki dari Pekan Brinchang menuju ke Kampung Raja.


 Jalan utama ini sering mengalami kesesakan lalulintas kerana kekurangan tempat letak kereta 
ditambah pula dengan kesibukan aktiviti membeli-belah.

  
 Umpama pekan koboi. Kea Farm akan dibangunkan secara berperingkat-peringkat.


Di Kea Farm lebih banyak pilihan bunga-bungaan jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain.


Pilih yang mana satu. Beraneka barangan perhiasan dan cenderamata.


Antara jenis sayuran yang terdapat di sini. Sayur-sayuran ini dibawa keluar dari kebun yang
terletak di celah-celah bukit dengan laluan yang sukar. Kebanyakannya diangkut dengan land rover.

SUMBER : http://destinasicameronhighlands.blogspot.com

Taman Agro Teknologi MARDI Cameron Highlands

Taman AgroTeknologi Mardi ialah sebuah agensi kerajaan yang membuat penyelidikan dan pembangunan teknologi tanam-tanaman tanah tinggi. Stesyen ini pada awalnya ditubuhkan oleh pihak british pada 1925 sebagai Federal Experimental Station. Pada tahun 1957 stesyen ini diletakkan di bawah Jabatan Pertanian dan diambil alih oleh Mardi pada tahun 1971. Objektif penubuhan taman ini ialah untuk pembelajaran dan pendidikan, pemindahan teknologi dan agro pelancongan sesuai dengan moto Mardi - Pemimpin Agro Teknologi. Taman ini terletak kira-kira 500 meter dari Bandar Tanah Rata. Ianya dibuka setiap hari mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Bayaran masuk untuk dewasa ialah RM 3.00, kanak-kanak RM 1.50 dan percuma untuk kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah. Taman ini juga menawarkan pakej untuk pengunjung yang datang menggunakan bas iaitu pengunjung dewasa sebanyak RM 80.00 dan RM 40.00 bagi kanak-kanak sekolah. Antara yang terdapat di sini ialah Taman Inggeris, Kebun Strawberry, Kebun Teh, Plot Bunga-Bungaan, Plot Sayur-Sayuran, Plot Anggur, Plot Organik, Plot Kajian Tanaman, Taman Ros, Taman Herba, Rumah Orkid, Rumah Penginapan Inggeris, Museum Teh, Pusat Jualan dan lain-lain. Selamat berkunjung!.

Beralamat di :
Taman Agro Teknologi MARDI Cameron Highlands
Stesen MARDI Cameron Highland
39000 Tanah Rata Pahang Darul Makmur
Tel : 05-4911255/4915945
Fax : 09-4912170



Pintu masuk utama ke Taman Agro Teknologi Mardi Cameron Highlands.
Kelihatan bangunan pentadbirannya di belakang.


 Pokok bunga menjalar yang dipanggil lady shoes ini sememangnya unik dan cantik.


Kilang teh tertua di Malaysia ini terletak di dalam kawasan Mardi Cameron Highlands.
  

 Kebun jabuticaba (myrciaria cauliflora) ini kelihatan seperti kebun anggur.
Tumbuhan ini hanya terdapat di sini.


  Inilah buah jabuticaba yang berbentuk bulat berwarna hitam dan rasanya masam-masam manis.
  Pasti anda ingin mencubanya.


 Diantara jenis bunga-bungaan yang terdapat di sini.

 
 Kebun Strawberry. Anda boleh membeli dan menikmati buah strawberry segar di sini.
  
 
Cafe yang terletak di belakang bangunan pentadbiran.

CAMERON HIGHLANDS, PAHANG

entri akan dtg utk blog ni akan berkisar tntg tmpt2 menarik di cameron highlands...opkos la kan,i wat sektor pelancongan untuk rancangan tempatan daerah ni...tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu