Pages

September 16, 2012

PENDUDUK


PENDUDUK MALAYSIA DAN PETEMPATAN
PETEMPATAN AWAL
  1. Tebing sungai, muara sungai and tepi laut menjadi tumpuan petempatan awal.
  1. Petempatan awal yang masyhur ialah :
  1. Lembah Bujang di sekitar Sg. Merbuk Kedah
  2. Kerajaan Gangga Negara di muara Sg. Kinta
  3. Kerajaan Johor-Riau di muara Sg. Johor
  4. Kesultanan Melaka di muara Sg. Melaka
  5. Gua Niah di Sarawak
  6. Teluk Darvel di Sabah
  1. Gua Niah dan Teluk Darvel merupakan petempatan awal orang zaman batu.
  2. Kebanyakan petempatan awal di Malaysia terletak di pinggir laut dan muara sungai kerana :
  1. Keselamatan - daripada binatang buas dan cuaca buruk.
  2. Perhubungan - sungai dan laut merupakan jalan perhubungan dan pengangkutan yang mudah.
  3. Mata pencarian -
    1. Laut dan sungai membekalkan ikan.
    2. Tanah lanar di lembah sungai sesuai untuk pertanian.
  4. Bentuk muka bumi - tanah pamah yang rata
  5. Kemudahan asas - sungai merupakan sumber air minuman, membasuh dan mandi-manda.
TABURAN PENDUDUK
  1. Penduduk di Malaysia berjumlah kira-kira 19.9 juta orang (1995).
  2. Kira-kira 82% daripada jumlah penduduk tinggal di Semenanjung, 7% di Sabah dan 11% di Sarawak.
  3. 95% daripada penduduk Malaysia bertumpu di
  1. dataran dan lembah sungai
  2. kaki bukit
  3. pinggir pantai
  1. Taburan penduduk di Malaysia tidak sekata.
  2. Kawasan-kawasan yang kepadatan penduduknya tinggi :
  1. Lembah Kelang
  2. Lembah Kinta
  3. Dataran Kedah, Pulau Pinang dan Seberang Perai
  4. Delta Kelantan
  5. Sekitar bandar-bandar besar - Kuala Lumpur, Ipoh, George Town dsbnya.
  1. Kawasan-kawasan yang penduduknya sederhana padat :
  1. kawasan lembah Sg. Pahang dan Sg. Baram.
  2. kawasan kaki bukit dan pantai tidak berpaya.
  3. Rancangan kemajuan tanah seperti Segitiga Jengka, Pahang-Terengganu, Johor-Terengganu dan Kelantan Tengah.
  4. Semenanjung Semporna, dataran pantai barat, lembah Sg. Kinabatangan, Dataran Keningau-Tambunan dan bandar Lahat Datu, Kudat dan Keningau di Sabah.
  5. Lembah hilir Sg. Rajang, Sg. Oya dan Mukah serta bandar-bandar kecil seperti Sibu, Bintulu, Miri dan Mukah di Sarawak.
  1. Kawasan-kawasan yang rendah kepadatan penduduknya, ialah :
  1. Kawasan yang bergunung-ganang dan berhutan tebal seperti Banjaran Titiwangsa dan Banjaran Crocker.
  2. Kawasan berpaya bakau dan air tawar.
  3. Kawasan timur dan pedalaman Sabah.
  4. Kawasan pedalaman terpencil di Sarawak.
  1. Pantai barat Semenanjung Malaysi menjadi tumpuan penduduk kerana
  1. Kawasan dataran lanar yang luas dan subur sesuai untuk penanaman padi.
  2. Kawasan yang beralun dan kaki bukit yang bersaliran sesuai untuk penanaman getah dan kelapa sawit.
  3. Kaya dengan bijih timah.
  4. Terdapat bandar-bandar besar dan pelabuhan yang baik.
  5. Terdapat banyak pusat perindustrian.
  6. Terdapat jaringan jalan raya dan keretapi yang baik.
POLA PETEMPATAN DI MALAYSIA
  1. Petempatan berpusat
  1. Rumah bangunan yang tersusun rapat.
  2. Biasa terdapat di simpang jalan raya, jalan keretapi, pelabuhan, pusat perniagaan dan perdagangan.
  3. Petempatan berpusat terdapat di pekan, bandar dan bandaraya seperti Kajang, Goerge Town, dan Kuala Lumpur.
  1. Petempatan berjajar atau linear
  1. Rumah dan bangunan tersusun di sepanjang pinggir pantai, tebing sungai, terusan, permatang, jalan raya, atau landasan keretapi.
  2. Contoh di kawasan penanaman padi Dataran Kedah-Perlis.
  1. Petempatan berselerak
  1. Rumah dan bangunan dibina jauh antara satu sama lain.
  2. Petempatan begini biasa terdapat di kawasan pedalaman, luar bandar, dan kebun-kebun kecil.
LINGKUNGAN PENGARUH
  1. Kawasan bandar dan luar bandar saling bergantungan.
  2. Penduduk bandar terlibat dalam sektor perindustrian, perniagaan, perdagangan, dan pekhidmatan.
  3. Penduduk luar bandar terlibat dalam sektor pertanian, perlombongan, pembalakan & perikanan.
  4. Penduduk luar bandar membekalkan bahan mentah manakala penduduk bandar menyediakan barangan keperluan harian dan perkilangan.
  5. Bandar besar mempunyai lingkungan pengaruh yang besar mempengaruhi bandar kecil.
BANDAR-BANDAR UTAMA
  1. Faktor yang mempengaruhi perkembangan bandar
  1. Lokasi - kedudukan bandar sesuai untuk perkembangan.
  2. Fungsi - bandar itu mempunyai kemudahan yang cukup untuk menampung penduduk yang kian bertambah.
  3. Lingkungan pengaruh bandar - mempunyai kawasan sekitar yang luas dan mempunyai kemudahan yang cukup untuk menyediakan bahan mentah, tenaga dan pasaran.
  4. Jalan perhubungan - memudahkan pergerakan penduduk dan barangan yang dapat meluaskan lingkungan pengaruh.
      B. Jenis-jenis Lokasi bandar
Lokasi
Contoh bandar
Persimpangan jalan raya atau kereta api
Kuala Lumpur
Gemas
Muara atau sungai
Kuala Terengganu
Kuantan
Persimpangan sungai
Kuala Lumpur
Kuala Kangsar
Jambatan sungai
Tanjung Malim
Temerloh
Pangkalan terminal jalan (hujung bukit)
Kangar
Johor Bahru
Kaki bukit
Tapah
Raub
Pelabuhan
Pelabuhan Klang
      C. Fungsi bandar
1. Sebagai Pusat pentadbiran
  • Kuala Lumpur
  • Alor Setar
  • George Town
  • Ipoh
  • Kuala Terengganu
  • Kota Kinabalu
  • Kuantan
  • Shah Alam
  • Seremban
  • Melaka
  • Johor Bahru
  • Kota Bharu
  • Kuching
2. Bandar Pelabuhan
  • Klang
  • Melaka
  • Johor Bahru
  • George Town
  • Kuantan
  • Kuching
  • Kota Kinabalu
3. Bandar Perlombongan
Bijih Timah :
  • Ipoh
  • Seremban
  • Kuala Lumpur
Petroleum :
  • Miri
  • Kerteh
  • Lutong
4. Bandar Pelancongan
  • Melaka
  • Cameron Highlands
  • P. Langkawi
  • P. Pangkor
5. Bandar Pertanian
Penanaman Padi :
  • Alor Setar
  • Tanjung Karang
Penanaman Getah :
  • Seremban
6. Bandar Perkilangan
  • Bayan Lepas
  • Ipoh
  • Perai
  • Johor Bahru
  • Kuantan
  • Kuala Lumpur
  • Petaling Jaya
  • Shah Alam
  • Kuching
  • Kota Kinabalu
7. Pusat Pengajian Tinggi

  • Kuala Lumpur
  • Bangi
  • Geogge Town
actually aku jumpa ni kat  http://www.reocities.com...menarik bagi student town planning cam kami ni....

No comments:

Post a Comment