Pages

September 17, 2012

Roller Coaster Tercuram Di Dunia


Fuji-Q Japan Highland Amusement Park telah memecahkan rekod Guinness world record yang ke 14 dengan Takabisha roller-coasternya.Terletak di kaki Gunung Fuji, roller coaster baru ini hampir 3.3 km panjang dengan dengan tujuh tingkat utama dan jalur vertikal sepanjang 141 kaki pada sudut kemiringan 121 darjah, sehingga ini menjadikan drop roller coaster paling curam di dunia.
Takabisha akan meluncur di trek dengan kepantasan 100 km sejam. Para peminat rollercoaster juga akan mengalami detik-detik di mana jantung mereka terasa berhenti ketika coaster laju turun di pegunungan.
Kos pembuatan 3.000.000.000 ¥ , Takabisha mengambil idea ini dari Mumbo Jumbo di Yorkshiree, yang memiliki lintasan vertikal 98 kaki dengan kemiringan 112 darjah.
Daya tarikan baru di Takabisha ini akan sepenuhnya terbuka kepada orang awam pada 16 Julai 2011 lalu.
Namun, untuk kepantasan, rollercoaster tercepat dunia masih dipegang Formula Rossa, yang boleh ditemui di Ferrari World, Abu Dhabi





sumber : http://penpatah.blogspot.com

Tips Kurangkan Sakit Leher

1. Melakukan senaman leher. Menjaga pergerakan leher penting kerana ia membantu mencegah masalah jangka panjang. Senaman mudah dapat membantu menguatkan otot leher dan memperbaiki rangkaian pergerakan anda.

2. Lakukan terapi haba. Dalam tempoh 48 jam pertama selepas mengalami sakit leher, lakukan urutan ais selama lima lima hingga 10 minit di kawasan terjejas.


3. Untuk sakit yang berlangsung 48 jam atau lebih, tuam di kawasan terjejas untuk membantu mengurangkan kesakitan dan melonggarkan otot.


4. Tidur dengan bantal dalam kedudukan lebih tinggi pada waktu malam bagi menyokong leher.


5. Memakai pendakap leher. Ini digunakan hanya di bawah pengawasan ahli fisioterapi dan dalam masa singkat (dua hingga empat hari).Pengambilan parasetamol atau ibuprofen boleh membantu melegakan kesakitan. Jika sakit berterusan, segera dapatkan rawatan doktor. Mereka mungkin boleh merujuk anda kepada ahli fisioterapi jika perlu.Lakukan senaman, termasuk senaman leher, jika anda duduk dalam satu kedudukan untuk jangka masa panjang di depan komputer hingga membebankan otot di bahu dan leher.Selain itu, selalu regangkan lengan, pergelangan tangan dan jari atau bangun dan berjalan-jalan jika keletihan otot bagi mengelak ketegangan dan kecederaan yang mungkin berlaku.Cara duduk yang tidak betul, terutama ketika bekerja di depan komputer, boleh membebankan bahagian atas badan, sekali gus menyebabkan sakit belakang dan bahu. Langkah mengelakkan sakit leher ialah betulkan postur badan ketika duduk.

Melaraskan postur tubuh anda dapat membantu melegakan sakit belakang iaitu:

Berdiri
1. Berdiri tegak dengan kepala menghadap ke depan.
2. Pastikan belakang anda lurus.
3. Mengimbangi berat badan anda sama rata pada kedua-dua kaki.
4. Pastikan kaki anda lurus.
5. Duduk.Duduk tegak
6. Pastikan kaki anda rata di atas lantai. Anda mungkin mendapati kusyen kecil berguna untuk menyokong belakang anda.Mengangkat dan mengendalikan barangMulakan dengan kaki anda iaitu sebelah kaki sedikit ke depan untuk mengekalkan keseimbangan.
7. Apabila mengangkat, bengkokkan sedikit belakang, lutut dan pinggul anda, tetapi tidak berbongkok atau mencangkung. Kaki anda harus menampung tekanan.


sumber : http://penpatah.blogspot.com

September 16, 2012

aku dapat sektor penempatan desa utk RTD cameron highland...search mcm2 tiba2 jumpa la yg ni...

PETEMPATAN AWAL

Tebing sungai, muara sungai and tepi laut menjadi tumpuan petempatan awal. 
Petempatan awal yang masyhur ialah : 

Lembah Bujang di sekitar Sg. Merbuk Kedah 
Kerajaan Gangga Negara di muara Sg. Kinta 
Kerajaan Johor-Riau di muara Sg. Johor 
Kesultanan Melaka di muara Sg. Melaka 
Gua Niah di Sarawak 
Teluk Darvel di Sabah 

Gua Niah dan Teluk Darvel merupakan petempatan awal orang zaman batu. 

Kebanyakan petempatan awal di Malaysia terletak di pinggir laut dan muara sungai kerana : 

Keselamatan - daripada binatang buas dan cuaca buruk. 

Perhubungan - sungai dan laut merupakan jalan perhubungan dan pengangkutan yang mudah. 

Mata pencarian - Laut dan sungai membekalkan ikan. 

Tanah yang subur di lembah sungai sesuai untuk pertanian. 

Bentuk muka bumi - tanah pamah yang rata 

Kemudahan asas - sungai merupakan sumber air minuman, membasuh dan mandi-manda. 


sumber : http://geografi.1.forumer.com

PENDUDUK


PENDUDUK MALAYSIA DAN PETEMPATAN
PETEMPATAN AWAL
  1. Tebing sungai, muara sungai and tepi laut menjadi tumpuan petempatan awal.
  1. Petempatan awal yang masyhur ialah :
  1. Lembah Bujang di sekitar Sg. Merbuk Kedah
  2. Kerajaan Gangga Negara di muara Sg. Kinta
  3. Kerajaan Johor-Riau di muara Sg. Johor
  4. Kesultanan Melaka di muara Sg. Melaka
  5. Gua Niah di Sarawak
  6. Teluk Darvel di Sabah
  1. Gua Niah dan Teluk Darvel merupakan petempatan awal orang zaman batu.
  2. Kebanyakan petempatan awal di Malaysia terletak di pinggir laut dan muara sungai kerana :
  1. Keselamatan - daripada binatang buas dan cuaca buruk.
  2. Perhubungan - sungai dan laut merupakan jalan perhubungan dan pengangkutan yang mudah.
  3. Mata pencarian -
    1. Laut dan sungai membekalkan ikan.
    2. Tanah lanar di lembah sungai sesuai untuk pertanian.
  4. Bentuk muka bumi - tanah pamah yang rata
  5. Kemudahan asas - sungai merupakan sumber air minuman, membasuh dan mandi-manda.
TABURAN PENDUDUK
  1. Penduduk di Malaysia berjumlah kira-kira 19.9 juta orang (1995).
  2. Kira-kira 82% daripada jumlah penduduk tinggal di Semenanjung, 7% di Sabah dan 11% di Sarawak.
  3. 95% daripada penduduk Malaysia bertumpu di
  1. dataran dan lembah sungai
  2. kaki bukit
  3. pinggir pantai
  1. Taburan penduduk di Malaysia tidak sekata.
  2. Kawasan-kawasan yang kepadatan penduduknya tinggi :
  1. Lembah Kelang
  2. Lembah Kinta
  3. Dataran Kedah, Pulau Pinang dan Seberang Perai
  4. Delta Kelantan
  5. Sekitar bandar-bandar besar - Kuala Lumpur, Ipoh, George Town dsbnya.
  1. Kawasan-kawasan yang penduduknya sederhana padat :
  1. kawasan lembah Sg. Pahang dan Sg. Baram.
  2. kawasan kaki bukit dan pantai tidak berpaya.
  3. Rancangan kemajuan tanah seperti Segitiga Jengka, Pahang-Terengganu, Johor-Terengganu dan Kelantan Tengah.
  4. Semenanjung Semporna, dataran pantai barat, lembah Sg. Kinabatangan, Dataran Keningau-Tambunan dan bandar Lahat Datu, Kudat dan Keningau di Sabah.
  5. Lembah hilir Sg. Rajang, Sg. Oya dan Mukah serta bandar-bandar kecil seperti Sibu, Bintulu, Miri dan Mukah di Sarawak.
  1. Kawasan-kawasan yang rendah kepadatan penduduknya, ialah :
  1. Kawasan yang bergunung-ganang dan berhutan tebal seperti Banjaran Titiwangsa dan Banjaran Crocker.
  2. Kawasan berpaya bakau dan air tawar.
  3. Kawasan timur dan pedalaman Sabah.
  4. Kawasan pedalaman terpencil di Sarawak.
  1. Pantai barat Semenanjung Malaysi menjadi tumpuan penduduk kerana
  1. Kawasan dataran lanar yang luas dan subur sesuai untuk penanaman padi.
  2. Kawasan yang beralun dan kaki bukit yang bersaliran sesuai untuk penanaman getah dan kelapa sawit.
  3. Kaya dengan bijih timah.
  4. Terdapat bandar-bandar besar dan pelabuhan yang baik.
  5. Terdapat banyak pusat perindustrian.
  6. Terdapat jaringan jalan raya dan keretapi yang baik.
POLA PETEMPATAN DI MALAYSIA
  1. Petempatan berpusat
  1. Rumah bangunan yang tersusun rapat.
  2. Biasa terdapat di simpang jalan raya, jalan keretapi, pelabuhan, pusat perniagaan dan perdagangan.
  3. Petempatan berpusat terdapat di pekan, bandar dan bandaraya seperti Kajang, Goerge Town, dan Kuala Lumpur.
  1. Petempatan berjajar atau linear
  1. Rumah dan bangunan tersusun di sepanjang pinggir pantai, tebing sungai, terusan, permatang, jalan raya, atau landasan keretapi.
  2. Contoh di kawasan penanaman padi Dataran Kedah-Perlis.
  1. Petempatan berselerak
  1. Rumah dan bangunan dibina jauh antara satu sama lain.
  2. Petempatan begini biasa terdapat di kawasan pedalaman, luar bandar, dan kebun-kebun kecil.
LINGKUNGAN PENGARUH
  1. Kawasan bandar dan luar bandar saling bergantungan.
  2. Penduduk bandar terlibat dalam sektor perindustrian, perniagaan, perdagangan, dan pekhidmatan.
  3. Penduduk luar bandar terlibat dalam sektor pertanian, perlombongan, pembalakan & perikanan.
  4. Penduduk luar bandar membekalkan bahan mentah manakala penduduk bandar menyediakan barangan keperluan harian dan perkilangan.
  5. Bandar besar mempunyai lingkungan pengaruh yang besar mempengaruhi bandar kecil.
BANDAR-BANDAR UTAMA
  1. Faktor yang mempengaruhi perkembangan bandar
  1. Lokasi - kedudukan bandar sesuai untuk perkembangan.
  2. Fungsi - bandar itu mempunyai kemudahan yang cukup untuk menampung penduduk yang kian bertambah.
  3. Lingkungan pengaruh bandar - mempunyai kawasan sekitar yang luas dan mempunyai kemudahan yang cukup untuk menyediakan bahan mentah, tenaga dan pasaran.
  4. Jalan perhubungan - memudahkan pergerakan penduduk dan barangan yang dapat meluaskan lingkungan pengaruh.
      B. Jenis-jenis Lokasi bandar
Lokasi
Contoh bandar
Persimpangan jalan raya atau kereta api
Kuala Lumpur
Gemas
Muara atau sungai
Kuala Terengganu
Kuantan
Persimpangan sungai
Kuala Lumpur
Kuala Kangsar
Jambatan sungai
Tanjung Malim
Temerloh
Pangkalan terminal jalan (hujung bukit)
Kangar
Johor Bahru
Kaki bukit
Tapah
Raub
Pelabuhan
Pelabuhan Klang
      C. Fungsi bandar
1. Sebagai Pusat pentadbiran
  • Kuala Lumpur
  • Alor Setar
  • George Town
  • Ipoh
  • Kuala Terengganu
  • Kota Kinabalu
  • Kuantan
  • Shah Alam
  • Seremban
  • Melaka
  • Johor Bahru
  • Kota Bharu
  • Kuching
2. Bandar Pelabuhan
  • Klang
  • Melaka
  • Johor Bahru
  • George Town
  • Kuantan
  • Kuching
  • Kota Kinabalu
3. Bandar Perlombongan
Bijih Timah :
  • Ipoh
  • Seremban
  • Kuala Lumpur
Petroleum :
  • Miri
  • Kerteh
  • Lutong
4. Bandar Pelancongan
  • Melaka
  • Cameron Highlands
  • P. Langkawi
  • P. Pangkor
5. Bandar Pertanian
Penanaman Padi :
  • Alor Setar
  • Tanjung Karang
Penanaman Getah :
  • Seremban
6. Bandar Perkilangan
  • Bayan Lepas
  • Ipoh
  • Perai
  • Johor Bahru
  • Kuantan
  • Kuala Lumpur
  • Petaling Jaya
  • Shah Alam
  • Kuching
  • Kota Kinabalu
7. Pusat Pengajian Tinggi

  • Kuala Lumpur
  • Bangi
  • Geogge Town
actually aku jumpa ni kat  http://www.reocities.com...menarik bagi student town planning cam kami ni....

PENING


September 15, 2012

semester6

lama gila xupdate blog ni...xde idea la mention kt sni...just nk ckp semester 6 dh bermula dgn projek rancangan tempatan cameron highlands......