Pages

June 26, 2012

CINTA??SAYANG??MINAT???

Cinta, sayang dan minat mempunyai pengertian yang berbeza-beza.
CINTA –  Adalah perasaan yang lahir dari sanubari. Disebabkan cinta manusia boleh lupa dunia, hilang kawalan diri dan sanggup berbuat apa sahaja untuk memastikan si dicinta itu berpuas hati dengan si Pecinta. Cinta juga adalah perasaan yang timbul daripada hati manusia tanpa kita sedari tentang kehadiran cinta. Perlakuan akan membuktikan bahawa kita cinta padanya. Cinta itu manis jika manusia pandai menggunakannya dan cinta boleh menjadai pahit apabila disalahgunakan. Cinta juga dibahagikan kepada beberapa aspek iaitu cinta kepada si pencipta (Tuhan), cinta kepada keluarga, cinta kepada kekasih dan cinta kepada alam sekitar. Cinta juga adalah kesanggupan seseorang itu untuk menyerahkan jiwa dan raganya hanyalah untuk si dicinta.

SAYANG – Adalah perasaan yang boleh membuatkan manusia bisa  menangis, ketawa, gembira,sedih dan senyum bersamanya. Sayang juga boleh menyebabkan manusia akan mengambil berat tentangnya, menjaganya dan sentiasa ada untuknya tika suka dan duka. Kadangkala, perasaan sayang boleh bertukar menjadi perasaan cinta jika manusia terlalu taksub dengan perasaannya. Sayang juga boleh dibahagikan kepada beberapa aspek iaitu sayang kepada teman, sayang kepada haiwan dan sayang kepada semua orang.

MINAT – Membawa pengertian sama seperti suka. Ia bermaksud manusia hanya berminat dengan seseorang ataupun sesuatu perkara. Manusia juga akan cuba melakukan yang terbaik untuk seseorang yang diminatinya ataupun perkara yang diminatinya. Minat kepada manusia adalah seperti minat akan fizikalnya, peribadinya, imanya dan juga minat akan pertuturannya. Minat kepada sesuatu perkara pula adalah seperti minat akan bola sepak, badminton dan sebagainya. Disebabkan minat manusia juga sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan atau mencapai apa yang dikehendaki kepada minatnya.


credit to : http://www.blogammar.com

No comments:

Post a Comment